Sebagaimana dimaklumi, dewasa ini begitu banyak gejala sosial berlaku di kalangan masyarakat Islam, khususnya para pelajar dan golongan remaja seperti zina, minum arak, menonton video lucah atau membaca bahan lucah dan sebagainya. Perkara ini amat membimbangkan kerana apabila disebut remaja, sudah pasti termasuk di dalamnya ialah pelajar sekolah dan pemuda-pemudi kampung. Keruntuhan moral yang berlaku ini sedikit sebanyak disebabkan kurangnya ilmu dan penghayatan mereka terhadap agama Islam yang menyeluruh. Ini amat dikesalkan kerana apa yang berlaku sudah menyimpang jauh daripada apa yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW.
Sehubungan dengan itu pihak Pengurusan Masjid Kg. Pondoi/Tebong dengan kerjasama Pertubuhan Khairat Kematian Kg. Pondoi / Tebong mengambil inisiatif untuk menganjurkan “KEM PENINGKATAN FARDU AIN” untuk memberi sedikit sebanyak mungkin input untuk mengajak masyarakat khususnya para remaja kampung ini menghayati dan mengamalkan semula ajaran sebenar Islam seterusnya mengubah sikap negatif yang ada dalam diri mereka kepada yang lebih positif.
Sabtu, 11 April 2009
HGJGJGGGKKK
Posted by MUHAZIR on 6:49 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan